Reeza adalah seorang lelaki biasa yang menjalani kehidupan yang sederhana sehinggalah pertemuan yang tidak dirancang dengan Myra mengubah hidupnya sepenuhnya. Myra seorang yang misteri, sukar difahami, dan jelas sedang menghadapi masalah. Walaupun dia cuba menjauhkan Reeza dari masalahnya, keadaan memaksa Myra untuk melibatkan Reeza dalam situasi yang mengancam nyawanya.