Fikri (Dato' Adi Putra) yang sudah 15 tahun tidak berjumpa adik-beradik dan menziarahi kubur ibu-bapa. Dalam tempoh itu, Fikri sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isteri (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Imaan). Berbekalkan ilmu yang dipelajari dari Pak Hassan (Wan Hanafi Su). Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa berhadapan dengan Abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.